Posts

Kota Fes, Morocco

Image

Si Penjelajah dunia Islam

Image
Kami di Makam Ibn Batutha Si Penjelajah dunia Islam

Zikrayat di Bumi Maghrib

Image
Zikrayat di Bumi Maghrib

Berhenti!!! Ambi lgambar .

Image
Berhenti!!! Ambi lgambar . Bersama dengan teman-teman dari kiri Arif salimin, Akhmal Hakam, aku ,abdullah Shuib dan Irfan arif berhenti seketika untuk ke makam Sidi Abdul Salam Ibn Masyish, 70 km dari bandar Tetouan Berjalanan yang sangat bermakna bagi kami semua dan menyeramkan kerana terpaksa melalui gaung-gaung yang dalam kerana makam tersebut berada diatas gunung Alam. Dengan minyak kereta pun nak habis...Hahaha hanya tuhan yang tahu.

[Ziarah Mahabbah -Zerhoun, Maghribi-]

[Ziarah Mahabbah -Zerhoun, Maghribi-]  Perjalanan pagi ini diteruskan ke kota Zerhoun untuk menjejaki tempat persemadian Maulay Idris al Akbar ibn Abdullah al Kamil, Penyebar Barakah Pembuka Negara Maghribi. Berikut adalah manaqib ringkas Imam yang mulia ini:  ● Beliau ialah Amir al Mu’minin Sayyiduna al Imam al Syarif Idris al Akbar ibn Abdullah al Kamil ibn al Hasan al Muthanna ibn al Hasan al Sibt ibn Ali dan Fatimah binti Rasulillah SAW.  ● Dilahirkan pada tahun 127 Hijrah bersama 743 Masihi. Masyhur dengan jolokan Pembuka Negara Maghribi kerana berjaya menyatukan seluruh negeri dan qabilah barat tanah arab di bawah satu pemerintahan Islam yang digelar Daulah Adarisah.  ● Beliau juga memiliki kedudukan yang tinggi dari sudut ketaqwaan dan keilmuan ditambah lagi dengan kemuliaan nasabnya itu. Juga merupakan nenda bagi hampir keseluruhan Sadah Hasaniah termasuk Imam Sanusi Imam Ahmad ibn Idris, Imam Abdul Wahhab al Tazi, Imam Abdul Aziz al Dabbagh, Imam ...

[Ziarah Mahabbah - Marakesh, Maghribi- ]

[Ziarah Mahabbah - Marakesh, Maghribi- ]  ......................................................................... Inilah makam Imam Al Jazuli. Muhammad bin Sulaiman bin Abu Bakr bin Al Jazuli pengarang bagi kitab Dalail Khairat . Beliau seorang yang Al Alim Al Arif Al Wali Al Soleh nasab bersambung dengan baginda Nabi. Pada usia awalnya beliau sudah rajin membaca Al Quran dan menyibukkan diri dengan menuntut ilmu sehingga bergerak menuju ke fes dan bersama dengam Shiekh Ahmad Zarruq. Beliau faqih dalam fiqh Maliki. Seorang yang sangat rajin beribadah kepada Allah dan selalu berselawat kepada Rasulullah. Beliau antara salah seorang dari 7 Auliya di bumi Marakesh . ( Dipetik dari kitab Al Mutrib bi Masyahir Auliya Fil Maghrib karangan Sidi Abdullah bin Abdul Qadir Al Talidi. M/S 167) [Dalail Khairat] DALAIL KHAYRAT yang diberkahi. Para alim ulamak kita khusus di Tanah Melayu tidak ketinggalan dalam menghubungkan sanad-sanad selawat istimewa lagi bagi kitab selawat...

ZIARAH MAHABBAH BUMI MOROCCO (Pesta Buku)

Image
ZIARAH MAHABBAH BUMI MOROCCO (Pesta Buku) Sudah 11 Hari aku berada di bumi Maghribi. Kali Ini mengikuti rombongan ke pesta buku Antarabangsa Morocco di Casablanca. Ramai orang dan sangat berbeza dengan pesta buku di Mesir. Jika mahu dibandingkan dengan pesta buku diMesir sudah tentunya dimesir lagi seronok. Tapi disini mereka mengadakan pesta buku di dalam bangunan berbentuk seperti Stadium. Dari pagi sampai ke petang berada di sini. Jadi aku kongsikan gambar Menunggu van dihadapan Masjid Terbesar di benua Afrika bahkan antara yang terbesar didunia. Masjid Hassan ii. Begitu gah dan tak terkata bagi mereka yang pertama kali tiba disini.

ZIARAH MAHABBAH BUMI MOROCCO (PESTA BUKU)

Image
ZIARAH MAHABBAH BUMI MOROCCO (PESTA BUKU) Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan Ustaz yang pernah mengajar kami ketika tingkatan 1 di Maahad Ahmadi. Ustaz @deanarrazi . Puas pusing-pusing cari sebenarnya. Hahaha.... Gambar di pesta buku Antarabangsa Morocco.

ZIARAH MAHABBAH BUMI MOROCCO

Image
ZIARAH MAHABBAH BUMI MOROCCO  Assalamualaikum... setelah begitu lama tidak aku mengemaskini blog ini InshaAllah kali ini baru diberi kesempatan untuk mengemaskini. Pada 1 haribulan February 2018 aku bermusafir ke bumi Maghrib. Setibanya sungguh aku terkejut kerana kebesihan yang tidakm pernah aku lihat seumur hidup dan tidak seperti kebanyakkan negara-negara Islam yang lain. Udara yang nyaman sangat menarik hati aku. 25 hari yang bakal aku tempuhi bukan sekejap. Banyak istifadah yang boleh aku dapat dan peroleh sekiranya aku memanfaatkan masa dan waktu yang singkat ini. Aku bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 5.50 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Casablanca pada jam 9.10 pagi. Hati penuh debaran dan kegembiraan. Setibanyak aku disana dan selesai semua urusan dilapangan terbang aku dijemput oleh teman seperjuangan aku. Akhmal Hakam ,dan Arif Salimin. Terima Kasih kerana sudi menunggu dan menjemput aku. Kita Fast Foward...... Gambar dibwah kam...

Jaulah Bumi Anbiya bhg 10

Image
Hajatku makbul nak ziarah beliau...asik bace selawat beliau Sheikh Saiyyidi Ahmad Badawi.Sheikh al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) adalah seorang wali Islam dan juga pengasas perintah Sufi Badawiyyah. Beliau dilahirkan di Fas, Maghribi pada 596 Hijrah dan meninggal dunia di Tanta, Mesir pada 675 Hijrah. Beliau telah banyak menyebarkan ilmu Allah di bumi Tanta dan juga dikenali dengan karamah beliau. Antara barang yang tersimpan di dalam bilik keperluan Rasulullah: 1.Tasbih Syeikh Ahmad Badawi sepanjang 10 meter(999 biji sebesar biji tamar setiap satu) 2.Pakaian Syeikh Ahmad Badawi berwarna merah (20 kilogram) 3.Tongkat Syeikh Ahmad Badawi 4.Serban Syeikh Ahmad Badawi 5.Janggut Rasulullah #Bukan senang untuk kita menghampiri sebahagian jasad Rasulullah dan ana berasa sangat beruntung kerana dapat menghampiri sebahagian jasad Rasulullah. sebak dan ada yang menitiskan air mata kerana perasaan rindu akan Rasulullah.Perasaan yang tidak dapat digambarkan betapa sebak dan ri...

Penuntut Ilmu Dan Khadimnya

Image
Penyampaian Ilmu secara Talaqqi..... ialah cara yang sangat terbaik kerana diajar sendiri oleh malaikat Jibril dan Rasulullah kepada para sahabat Rasulullah.... Bahkan pengajaran seperti ini lebih memberikan impak yang besar dalam diri penuntut ilmu itu. Keistimewaan di bumi mesir... yang jarang ada di tanah air ku..... ada tapi tak banyak.... #shiekhabdulazizusamah #Alazhari #markaztahfizdantahsin #asyir #kaherah #mesir #ilmusebelommembaca

Jaulah Dibumi Anbiya bgh. 9

Image
Alhamdulillah....Ziarah Makam Imam Masjid Al Azhar dan khalifah bagi tariqah Ja'fariah. Nama beliau ialah Soleh bin Muhammad bin Soleh bin Muhammad bin Rifai’e yang bersambung keturunannya dengan Saiyidina Jaafar As-Sodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Saidina Ali bin Abi Talib suami Saidatina Fatimah Az-Zahra’ binti Rasulullah s.a.w. Kelebihan Syeikh Soleh di sini ialah beliau berasal dari keturunan Saidina Husain manakala sanad tariqatnya dari Saidina Hasan, Masya Allah! Nur ‘ala nur! Semoga Para penuntut ilmu yang datang menuntut ilmu di Mesir ,dapat mencontohi dan mengambil barakah dari Para Ahli Bait ,Ulama dan Auliya. #shiekhsolehalja'fari #imammasjidalazhar #ziarahmaqam #barakah #semangat #kaherah #mesir

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 8

Image
Alhamdulillah... Dibumi barakah Mesir banyak tertanamnya jasad-jasad yang mulia. "sungguh RUGI bagi mereka yang menuntut ilmu di Ardun Kinanah tapi tidak menziarahiu lama serta Maqam dan Ahli Bait" Disini terdapatnya satu jasad yang mulia.Kerana hampirnya nasab keturunan dengan Baginda Nabi Muhammad. as Syahid Saidina Hussein , cucu dan penyejuk mata Rasulullah . Beliau terkorban ketika menyebarkan islam dalam sebuah perperangan di Karbala. Disini HANYA kepala baginda kerana jasadnya dibawa ke iran. wa Allahu A'lam. #CahayamataRasulullah #mhabbahRasul #saidinahussein #ahlibait #alazhar #maqam #auliya #sahabat #ulama #mesir

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 7

Image
Alhamdulillah... ini lah yang paling beruntung sekiranya berada di ardun kinanah ataupun mesir kerana disini banyaknya ditanam jasad-jasad yang mulia dari susurgalur Nabi yang mulia Rasulallah. Ini maqam sayyidah Zainab cucu perempuan Rasulallah dan akak kepada dua penyejuk mata Rasulallah Saidina Hassan dan Saidina Hussein.Anak kepada Saidina Ali ibn Abi Talib dan Fatimah Az Zahra...

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 6

Image
Ziarah Imam As Syafie dan anak Muridnya Imam Abdullah ibn Muhammad sedikit biodata Imamuna As Syafie Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib, juga dikenali sebagai Imam Syafii (ejaan lain: Imam Syafie) adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia.Hidupnya penuh dengan kesibukkan mempelajari Ilmu. #ziarah #makam #auliya #ulama #barakah #mesir Betapa bahagianya bila kita dapat bersama dengan Imam Mazhab kita.....😢😢😢😢

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 4

Image
Alhamdulillah berkesempatan menziarahi Maqam salah seorang Auliya dan Ulama yang mashyur dalam bidang ilmu Islam. Beliau ialah Al Arif Billah Al Imam Jalaluddin as-Suyuthi (bahasa Arab: جلال الدين السيوطي) (gelar lengkapnya Abdurrahman bin Kamaluddin Abu Bakr bin Muhammad bin Sabiquddin, Jalaluddin al-Misri as-Suyuthi asy-Syafi'i al-Asy'ari; lahir 1445 (849H) - wafat 1505 (911H)) adalah seorang ulama dan cendekiawan muslim yang hidup pada abad ke-15 di Kairo, Mesir. Al Fatihah .... #Maqam #Imamassuyuti #barakah #ulama

Jaulah Dibumi Mesir bhg .3

Image
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam , dapat lagi Alfaqir meneruskan coretan di blog ini. Alhamdulillah sudah hampir sebulan di Ardun Kinanah pelbagai dugaan suka duka penat lelah semakin dapat dirasai. Kali ini Alfaqir ingin membawa teman-teman untuk menikmati sedikit sejarah di Mesir ini. Seperti yang kita maklum Mesir terkenal dengan Nabi Allah Musa dan Firaun laknatullah. Bukan itu sahaja ,di Mesir juga terkenal dengan suatu daerah yang diberi nama Faiyom . Faiyom ialah suatu kawasan yang luas dan sedikit tenang dari kota Kaherah dan ianya ialah tempat Allah menurunkn Azab kepada Qarun. Qarun pada asalnya saudara kepada Nabi Musa dan seorng yang sangat tawaduk. Sehingga suatu hari beliau di berikan Harta yang banyak oleh Allah dan mengatakan ianya hasil usahanya sendiri. .. Disi adanya sebuah tasik dimana adanya Qorun yang ditenggelamkan oleh Allah kerana keenganannya membayar zakat harta selepas mendapat kekayaan yang melimpah ruah . Kami berada dihadapan s...

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 2

Image
Alhamdulillah dengan segala rahmat Allah yang Maha Pemurah Alfaqir telah bertolak dari Tanah air tercinta ke Ardun Kinanah pada 22 Jun dan tiba pada 23 Jun. Perjalanan yang sangat panjang walaupun belasan jam sangat memenatkan dan meletihkan badan Alfaqir .Buat pertama kalinya diri ini keluar dari Malaysia dan menuju ke nagara orang lain untuk menimba ilmu. Alhamdulillah angan-angan suatu ketika dahulu menjadi kenyataan . Dengan menaiki penerbangan Thai Airline kami transit seketika di Bangkok selama dua jam dan satu pengalaman yang sangat luar biasa. Selepas itu ,kami bertolak dengan menaiki egypt Air dan kami dah selamat sampai ke bumi anbiya ,mesir selepas subuh 23 Jun dengan keadaan Majoriti tidak berpuasa.Hahahaha . Pelbagai halangan ditempuh untuk tiba ke destinasi. Kami dijemput oleh abang-abang dan kakak-kakak Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Negeri Sembilan (MTPASN) di Cairo Airport dan bertolak ke Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) dengan menaiki Coster. Terkejut dan te...

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 1

Image
Assalamualaikum saya Awang Safuan bin Udin ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, ada tersalah bicara sama ada sedar mahupun tidak sedar selama 19 tahun hidup. Sekiranya ada yang memberi makan mohon dihalalkan dan sekiranya ada yang terambil mahupun secara sengaja atau pun tidak mohon dihalalkan juga kerana saya akan melanjautkan pelajaran ke timur tengah dan akan berlepas pada 22 jun ini  . Dan saya mohon dipermudahkan segala urusan belajar dari mula hingga akhir . kepada ayah (Udin bin Siawang) dan ibu (Rohani binti Jalaluddin@khudus) terima kasih kerana besarkan along dan jaga dan segala-galanya .Along mohon maaf kalau ada salah silap ,terkasar bahasa dan halalkan makan minum serta restukan pemergian along untuk belajar. Dan doakan along selalu. kepada sedara mara terima kasih along ucapkan kepada semua dan along mohon maaf kalau ada salah silap ngn pakcik makcik abang dan akak semua ..mohon dimaafkan dan dihalalkan.Tolong tengok-tengokkan ibu ngn ayah. kepada sem...

Kenangan GERBANG PRA-SISWA (GPS) 2016

Image
terima kasih kerana memberi kami pengalaman yang menarik. Walaupun tidak pernah bertemu selama ini akhirnya dengan program 3hari 2malam dapat menyatukan hati kami ...semoga mendapat rahmat dan keampunan dari Allah. Dan semoga kita...