Jaulah Dibumi Mesir bhg .3

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam , dapat lagi Alfaqir meneruskan coretan di blog ini.
Alhamdulillah sudah hampir sebulan di Ardun Kinanah pelbagai dugaan suka duka penat lelah semakin dapat dirasai. Kali ini Alfaqir ingin membawa teman-teman untuk menikmati sedikit sejarah di Mesir ini.

Seperti yang kita maklum Mesir terkenal dengan Nabi Allah Musa dan Firaun laknatullah. Bukan itu sahaja ,di Mesir juga terkenal dengan suatu daerah yang diberi nama Faiyom . Faiyom ialah suatu kawasan yang luas dan sedikit tenang dari kota Kaherah dan ianya ialah tempat Allah menurunkn Azab kepada Qarun.

Qarun pada asalnya saudara kepada Nabi Musa dan seorng yang sangat tawaduk. Sehingga suatu hari beliau di berikan Harta yang banyak oleh Allah dan mengatakan ianya hasil usahanya sendiri. ..

Disi adanya sebuah tasik dimana adanya Qorun yang ditenggelamkan oleh Allah kerana keenganannya membayar zakat harta selepas mendapat kekayaan yang melimpah ruah .

Kami berada dihadapan sebuah monumen sejarah yang sangat bernilai kerana disini terdapat ibrah yang banyak.
Inilah Istana Qorun ... pada asalnya 6 tingkat tapi apabila diturunkan azab  oleh Allah kepada Qorun maka tingal 3 tingkat sahaja yang masih dapat dilihat dari atas darat yang selebihnya tengelam ditelan bumi.... #jaulah #faiyom #ibrah #qorun
#egypt #alazhar

Comments

Popular posts from this blog

Majelis Nurul Musthofa Muhammadun nabiyuna NEW QASIDAH

Qasidah muhammadun basyarun

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi