Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 1

Assalamualaikum

saya Awang Safuan bin Udin ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, ada tersalah bicara sama ada sedar mahupun tidak sedar selama 19 tahun hidup. Sekiranya ada yang memberi makan mohon dihalalkan dan sekiranya ada yang terambil mahupun secara sengaja atau pun tidak mohon dihalalkan juga kerana saya akan melanjautkan pelajaran ke timur tengah dan akan berlepas pada 22 jun ini  . Dan saya mohon dipermudahkan segala urusan belajar dari mula hingga akhir .

kepada ayah (Udin bin Siawang) dan ibu (Rohani binti Jalaluddin@khudus) terima kasih kerana besarkan along dan jaga dan segala-galanya .Along mohon maaf kalau ada salah silap ,terkasar bahasa dan halalkan makan minum serta restukan pemergian along untuk belajar. Dan doakan along selalu.

kepada sedara mara terima kasih along ucapkan kepada semua dan along mohon maaf kalau ada salah silap ngn pakcik makcik abang dan akak semua ..mohon dimaafkan dan dihalalkan.Tolong tengok-tengokkan ibu ngn ayah.

kepada semua asatizah dari tadika hingga ke maahad ahmadi saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengajar dan melayan karenah saya . Sesungguhnya jasa kalian tidak terbalas dan semoga Allah membalasnya dengan memanjangkan umur dan meluaskan rezeki kalian.

kepada kawan-kawan dari tadika hingga maahad ahmadi terima kasih saya ucapkan kerana bersama saya dalam menuntut ilmu dan yang mengajar saya ketika saya lemah . saya mohon sekiranya ada salah silap mohon di maafkan. sesungguhnya kenangan dialam persekolahan sangat manis walaupun ada dukanya .

Sahabat-sahabat yadim n9 semoga kalian teruskan usaha dakwah dan jangan berhenti dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat semoga ikatan kita terus kuat walaupun jauh diperantauan.

saya wakil antara pelajar negeri sembilan tajaan PAMA dibawah bantuan ilmam selngor yang akan ke mesir dan bakal melanjutkan ke universiti Al Azhar mohon doa dari kalian semua semoga dipermudahkan urusan kami pergi dan pulang.
#22jun #klia1 #8:30mlm #thaiairline #malaysia #bangkok #egyptair #egypt
#alazhar #syariah #usuluddin #lughah #negerisembilan #ilmamselangor #musibah #sabar #redha #mans #exstam #2015 #syn9

Comments

Popular posts from this blog

Majelis Nurul Musthofa Muhammadun nabiyuna NEW QASIDAH

Qasidah muhammadun basyarun

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi