[Ziarah Mahabbah - Marakesh, Maghribi- ]


[Ziarah Mahabbah - Marakesh, Maghribi- ] 
.........................................................................
Inilah makam Imam Al Jazuli. Muhammad bin Sulaiman bin Abu Bakr bin Al Jazuli pengarang bagi kitab Dalail Khairat .
Beliau seorang yang Al Alim Al Arif Al Wali Al Soleh nasab bersambung dengan baginda Nabi. Pada usia awalnya beliau sudah rajin membaca Al Quran dan menyibukkan diri dengan menuntut ilmu sehingga bergerak menuju ke fes dan bersama dengam Shiekh Ahmad Zarruq. Beliau faqih dalam fiqh Maliki. Seorang yang sangat rajin beribadah kepada Allah dan selalu berselawat kepada Rasulullah.
Beliau antara salah seorang dari 7 Auliya di bumi Marakesh .
( Dipetik dari kitab Al Mutrib bi Masyahir Auliya Fil Maghrib karangan Sidi Abdullah bin Abdul Qadir Al Talidi. M/S 167)
[Dalail Khairat]
DALAIL KHAYRAT yang diberkahi.
Para alim ulamak kita khusus di Tanah Melayu tidak ketinggalan dalam menghubungkan sanad-sanad selawat istimewa lagi bagi kitab selawat yang masyhur lagi barakah dan karomah iaitu Kitab Dalailul Khayrat Al-Imam Abi Abdillah Muhammad Ibn Sulaiman Al-Jazuli rahimahullah.
Ini menunjukkan bahawa kitab yang penuh berkat ini juga telah lama di amalkan oleh para ulama dan tokoh-tokoh terkenal di dunia Melayu.
Kita boleh lihat contohnya As-Syahid Raja Haji yang syahid dalam Perang Sabil di Teluk Ketapang, Melaka yang mana diriwayatkan bahawa sebelah tangannya sedang memegang kitab selawat Dalail Khayrat ini.
Antara beberapa perhubungan sanad para alim ulamak kita pada zaman dahulu dan sekarang ialah:
SANAD DALAIL KHAIRAT AL-ALIM ALLAMAH SYEIKH AHMAD AL-FATHONI RAHIMAHULLAH:
Beliau menerima baiah/ijazah amalan selawat ini di Madinah Al-Munawwarah daripada:
2. Al-Arif Billah As-Sayyid Muhammad Amin bin Al-Arif Billah As-Sayyid Ahmad Ar-Ridhwan, menerima daripada
3. Al-Arif Billah Sayyidi Ali bin Yusuf Al-Hariri Al-Madani, menerima daripada
4. Sayyid Muhammad bin Sayyid Ahmad Al-Mudghari, menerima daripada
5. Sayyidi Muhammad bin Ahmad bin Ahmad Al-Muthanna, menerima daripada
6. Sayyidi Ahmad bin Al-Haj, menerima daripada
7. Sayyidi Ahmad Al-Maqqarri, menerima daripada
8. Sayyidi Abdul Qadir Al-Fasi, menerima daripada
9. Sayyidi Ahmad bin Abil Abbas Ash-Shuma'ie, menerima daripada
10. Sayyidi Ahmad bin Musa as-Simlaly, menerima daripada
11. Sayyidi Abdul Aziz At-Tabba', menerima daripada Sohib Dalail Khayrat
12. Sayyid Muhammad bin Sayyid Sulaiman Al-Jazuli as-Syarif Al-Hasani (wafat 870H/1465M).
(Dipetik daripada Kitab Penyebaran Thariqat2 Sufiyyah Muktabarah, oleh Almarhum Syeikh Hj.Wan Mohd Saghir Abdullah, m/s:143-144)
Selain itu sanad kitab ini daripada Tuan Guru Syeikh Wan Izzuddin bin Syeikh Wan Ibrahim Al-Fathoni Al-Qodahi hafizahullah, ialah seperti berikut. Beliau menerima daripada :
2. Syeikh Soleh bin Uthman Jalaluddin Al-Filfilani, daripada
3. Syeikh Abdullah Fahim Al-Filfilani, daripada
4. As-Sayyid Muhammad Amin, daripada
5. Syeikh Muhammad bin Ibrahim Abi Khidir, daripada
6. Syeikh Muhammad Soleh Al-Bukhari, daripada
7. Syeikh Rofi'uddin Al-Qondahari, daripada
8. Syeikh Muhammad bin Abdullah Al-Maghribi, daripada
9. Sayyid Abdurrahman Al-Mahjub, daripada ayahandanya
10. Sayyid Ahmad, daripada datuknya
11. Sayyid Muhammad, daripada ayah datuknya
12. Sayyid Ahmad, daripada Sohibul Dalail,
13. As-Sayyid Muhammad bin Abdurrahman ibn Abi Bakr bin Sulaiman Al-Jazuli As-Syarif Al-Hasani.
(Dipetik daripada Kitab Silsilah Sanad2 Syeikh Wan Izzuddin, dihinpun oleh Al-Ustaz Muhammad Zaidi bin Abdillah bin Ahmad, Shah Alam, m/s:75)
Dan juga sanad daripada Guru Mulia kita, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki hafizahullah, beliau mengambil sanad Kitab Dalail Khayrat ini daripada :
2. Al-Arif Billah As-Sayyid Muhammad ibn Alawi Al-Maliki Al-Hasani, daripada ayahandanya
3. Sayyid Alawi ibn Abbas Al-Maliki, daripada
4. Musnid Dunya Al-Allamah Al-Arif Billah Syeikh Muhammad Yasin bin Isa Al-Fadani, daripada
5. Al-Allamah Al-Qutub Al-Arif Billah As-Sayyid Aidrus ibn Salim Al-Bar, daripada ayahandanya
6. As-Sayyid Salim Al-Aidrus Al-Bar dan Al-Allamah As-Sayyid Husain ibn Muhammad Al-Habsyi, kedua-duanya mengambil daripada
7. As-Sayyid Muhammad ibn Hussain Al-Habsyi Mufti Makkah, daripada
8. Al-Allamah As-Syeikh Umar ibn Abdul Karim Al-'Athor Al-Makki, daripada
9. Al-Allamah Syeikh Solih Al-Falani, daripada
10. Al-Allamah Syeikh Muhammad ibn Sunah, daripada
11. Maulaya As-Syarif Muhammad ibn Abdullah, daripada
12. Al-Allamah As-Sayyid Wajihuddin Abdurrahman ibn Sayyid Ahmad Al-Husaini Al-Maghribi Al-Makanasi Al-Maliki, daripada ayahandanya
13. As-Sayyid Ahmad, daripada ayahandanya
14. As-Sayyid Muhammad, daripada ayahandanya
15. As-Sayyid Ahmad,
16. Al-Muallif Al-Imam Al-Arif Billah Abi Abdillah Muhammad Abdurrahman ibn Abi Bakr Sulaiman Al-Jazuli Al-Hasani.
(Dipetik daripada Sanad Kitab Dalail Khayrat, Dalail Khayrat disusun dan diterjemah oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Rauf bin Minhat, m/s: 4)
Wallahu a'lam.
Semoga semua para pengamal selawat Dalil Khayrat diberi keberkahan, nafahat, futuhat, dan redha Allah serta menjadi orang yang dekat dengan junjungan besar Nabi kita Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Allahumma Ameen.


Comments

Popular posts from this blog

Majelis Nurul Musthofa Muhammadun nabiyuna NEW QASIDAH

Qasidah muhammadun basyarun

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi