[Ziarah Mahabbah -Zerhoun, Maghribi-]
[Ziarah Mahabbah -Zerhoun, Maghribi-]
Perjalanan pagi ini diteruskan ke kota Zerhoun untuk menjejaki tempat persemadian Maulay Idris al Akbar ibn Abdullah al Kamil, Penyebar Barakah Pembuka Negara Maghribi. Berikut adalah manaqib ringkas Imam yang mulia ini:
● Beliau ialah Amir al Mu’minin Sayyiduna al Imam al Syarif Idris al Akbar ibn Abdullah al Kamil ibn al Hasan al Muthanna ibn al Hasan al Sibt ibn Ali dan Fatimah binti Rasulillah SAW.
● Dilahirkan pada tahun 127 Hijrah bersama 743 Masihi. Masyhur dengan jolokan Pembuka Negara Maghribi kerana berjaya menyatukan seluruh negeri dan qabilah barat tanah arab di bawah satu pemerintahan Islam yang digelar Daulah Adarisah.
● Beliau juga memiliki kedudukan yang tinggi dari sudut ketaqwaan dan keilmuan ditambah lagi dengan kemuliaan nasabnya itu. Juga merupakan nenda bagi hampir keseluruhan Sadah Hasaniah termasuk Imam Sanusi Imam Ahmad ibn Idris, Imam Abdul Wahhab al Tazi, Imam Abdul Aziz al Dabbagh, Imam Abu Hasan al Syazuli dan Imam Abdus Salam ibn Masyish.
● Penghijrahannya ke Maghribi pada tahun 169 Hijrah disebabkan konflik yang meletus di antara Bani Alawi dan Bani Abbasi di Tanah Hijaz yang menyaksikan pertumpahan darah dan pembunuhan ramai dari kalangan Ahli Keluarga Nabi dari zuriat Ali dan Fatimah al Zahra’.
● Kejayaannya menegakkan sebuah kerajaan Islam di Maghribi mengundang kemarahan khilafah Abbasiah di Baghdad iaitu Khalifah Harun al Rasyid.
● Setelah merasakan tidak mampu menawan kerajaan Islam Idrisiah di Maghribi melalui kempen ketenteraan, mereka telah meracun Al Imam Idris al Akbar melalui hadiah minyak wangi yang diletakkan racun.
● Setelah menghidu minyak wangi yang dihadiahkan tersebut, beliau jatuh sakit yang membawa kepada kewafatannya pada tahun 177 Hijrah bersamaan 793 Masihi.
● Jasadnya disemadikan di Zerhoun dan menjadi tumpuan manusia dari jauh dan dekat.
● Sejarah hidupnya dan juga zuriatnya diabadikan oleh Imam Muhammad ibn Ali al Sanusi dalam kitab karangannya yang bertajuk al Durar al Saniyyah fi Akhbar al Sulalah al Idrisiah.
*Manqkib saya ambil dari -masyyakhah tarekat ahmadiah idrisiah asia
tenggara-

Comments
Post a Comment