Jaulah Bumi Anbiya bhg 10

Hajatku makbul nak ziarah beliau...asik bace selawat beliau
Sheikh Saiyyidi Ahmad Badawi.Sheikh al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) adalah seorang wali Islam dan juga pengasas perintah Sufi Badawiyyah. Beliau dilahirkan di Fas, Maghribi pada 596 Hijrah dan meninggal dunia di Tanta, Mesir pada 675 Hijrah. Beliau telah banyak menyebarkan ilmu Allah di bumi Tanta dan juga dikenali dengan karamah beliau.

Antara barang yang tersimpan di dalam bilik keperluan Rasulullah:
1.Tasbih Syeikh Ahmad Badawi sepanjang 10 meter(999 biji sebesar biji tamar setiap satu)
2.Pakaian Syeikh Ahmad Badawi berwarna merah (20 kilogram)
3.Tongkat Syeikh Ahmad Badawi
4.Serban Syeikh Ahmad Badawi
5.Janggut Rasulullah
#Bukan senang untuk kita menghampiri sebahagian jasad Rasulullah dan ana berasa sangat beruntung kerana dapat menghampiri sebahagian jasad Rasulullah. sebak dan ada yang menitiskan air mata kerana perasaan rindu akan Rasulullah.Perasaan yang tidak dapat digambarkan betapa sebak dan rindunya bagaikan sudah menemui Rasulullah.

MUKA BERCAHAYA

1. Menurut kisah antara karamah Syeikh Ahmad Badawi ialah mukanya bercahaya sehinggakan beliau melilit wajahnya dua kali dengan serban beliau,Pada suatu ketika,seorang anak murid beliau meminta untuk melihat wajah Syeikh Ahmad Badawi tetapi beliau menolak permintaan itu tetapi atas desakan yang kuat beliau membenarkan  anak muridnya ini melihat wajah beliau semasa melihat wajah Syeikh Ahmad Badawi anak muridnya itu meninggal dunia kerana terkejut melihat wajah Syeikh Ahmad Badawi yang bercahaya.Semenjak peristiwa itu beliau tidak pernah membuka lilitan serbannya dan anak muridnya yang meninggal dunia itu diklasifikasikan sebagai mati syahid kerana meninggal dunia semasa menuntut ilmu.

Al Fatihah
Seronok dapat ziarah Mereka yag hidup. #jaulah #makam #mesir #ardunkinanah #alazhar #kaherahtotanta #sufi

Comments

Popular posts from this blog

Majelis Nurul Musthofa Muhammadun nabiyuna NEW QASIDAH

Qasidah muhammadun basyarun

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi