[Ziarah Mahabbah -Zerhoun, Maghribi-] Perjalanan pagi ini diteruskan ke kota Zerhoun untuk menjejaki tempat persemadian Maulay Idris al Akbar ibn Abdullah al Kamil, Penyebar Barakah Pembuka Negara Maghribi. Berikut adalah manaqib ringkas Imam yang mulia ini: ● Beliau ialah Amir al Mu’minin Sayyiduna al Imam al Syarif Idris al Akbar ibn Abdullah al Kamil ibn al Hasan al Muthanna ibn al Hasan al Sibt ibn Ali dan Fatimah binti Rasulillah SAW. ● Dilahirkan pada tahun 127 Hijrah bersama 743 Masihi. Masyhur dengan jolokan Pembuka Negara Maghribi kerana berjaya menyatukan seluruh negeri dan qabilah barat tanah arab di bawah satu pemerintahan Islam yang digelar Daulah Adarisah. ● Beliau juga memiliki kedudukan yang tinggi dari sudut ketaqwaan dan keilmuan ditambah lagi dengan kemuliaan nasabnya itu. Juga merupakan nenda bagi hampir keseluruhan Sadah Hasaniah termasuk Imam Sanusi Imam Ahmad ibn Idris, Imam Abdul Wahhab al Tazi, Imam Abdul Aziz al Dabbagh, Imam ...