Posts
Showing posts from 2018
Berhenti!!! Ambi lgambar .
- Get link
- X
- Other Apps
Berhenti!!! Ambi lgambar . Bersama dengan teman-teman dari kiri Arif salimin, Akhmal Hakam, aku ,abdullah Shuib dan Irfan arif berhenti seketika untuk ke makam Sidi Abdul Salam Ibn Masyish, 70 km dari bandar Tetouan Berjalanan yang sangat bermakna bagi kami semua dan menyeramkan kerana terpaksa melalui gaung-gaung yang dalam kerana makam tersebut berada diatas gunung Alam. Dengan minyak kereta pun nak habis...Hahaha hanya tuhan yang tahu.
[Ziarah Mahabbah -Zerhoun, Maghribi-]
- Get link
- X
- Other Apps
[Ziarah Mahabbah -Zerhoun, Maghribi-] Perjalanan pagi ini diteruskan ke kota Zerhoun untuk menjejaki tempat persemadian Maulay Idris al Akbar ibn Abdullah al Kamil, Penyebar Barakah Pembuka Negara Maghribi. Berikut adalah manaqib ringkas Imam yang mulia ini: ● Beliau ialah Amir al Mu’minin Sayyiduna al Imam al Syarif Idris al Akbar ibn Abdullah al Kamil ibn al Hasan al Muthanna ibn al Hasan al Sibt ibn Ali dan Fatimah binti Rasulillah SAW. ● Dilahirkan pada tahun 127 Hijrah bersama 743 Masihi. Masyhur dengan jolokan Pembuka Negara Maghribi kerana berjaya menyatukan seluruh negeri dan qabilah barat tanah arab di bawah satu pemerintahan Islam yang digelar Daulah Adarisah. ● Beliau juga memiliki kedudukan yang tinggi dari sudut ketaqwaan dan keilmuan ditambah lagi dengan kemuliaan nasabnya itu. Juga merupakan nenda bagi hampir keseluruhan Sadah Hasaniah termasuk Imam Sanusi Imam Ahmad ibn Idris, Imam Abdul Wahhab al Tazi, Imam Abdul Aziz al Dabbagh, Imam ...
[Ziarah Mahabbah - Marakesh, Maghribi- ]
- Get link
- X
- Other Apps
[Ziarah Mahabbah - Marakesh, Maghribi- ] ......................................................................... Inilah makam Imam Al Jazuli. Muhammad bin Sulaiman bin Abu Bakr bin Al Jazuli pengarang bagi kitab Dalail Khairat . Beliau seorang yang Al Alim Al Arif Al Wali Al Soleh nasab bersambung dengan baginda Nabi. Pada usia awalnya beliau sudah rajin membaca Al Quran dan menyibukkan diri dengan menuntut ilmu sehingga bergerak menuju ke fes dan bersama dengam Shiekh Ahmad Zarruq. Beliau faqih dalam fiqh Maliki. Seorang yang sangat rajin beribadah kepada Allah dan selalu berselawat kepada Rasulullah. Beliau antara salah seorang dari 7 Auliya di bumi Marakesh . ( Dipetik dari kitab Al Mutrib bi Masyahir Auliya Fil Maghrib karangan Sidi Abdullah bin Abdul Qadir Al Talidi. M/S 167) [Dalail Khairat] DALAIL KHAYRAT yang diberkahi. Para alim ulamak kita khusus di Tanah Melayu tidak ketinggalan dalam menghubungkan sanad-sanad selawat istimewa lagi bagi kitab selawat...
ZIARAH MAHABBAH BUMI MOROCCO (Pesta Buku)
- Get link
- X
- Other Apps
ZIARAH MAHABBAH BUMI MOROCCO (Pesta Buku) Sudah 11 Hari aku berada di bumi Maghribi. Kali Ini mengikuti rombongan ke pesta buku Antarabangsa Morocco di Casablanca. Ramai orang dan sangat berbeza dengan pesta buku di Mesir. Jika mahu dibandingkan dengan pesta buku diMesir sudah tentunya dimesir lagi seronok. Tapi disini mereka mengadakan pesta buku di dalam bangunan berbentuk seperti Stadium. Dari pagi sampai ke petang berada di sini. Jadi aku kongsikan gambar Menunggu van dihadapan Masjid Terbesar di benua Afrika bahkan antara yang terbesar didunia. Masjid Hassan ii. Begitu gah dan tak terkata bagi mereka yang pertama kali tiba disini.
ZIARAH MAHABBAH BUMI MOROCCO
- Get link
- X
- Other Apps
ZIARAH MAHABBAH BUMI MOROCCO Assalamualaikum... setelah begitu lama tidak aku mengemaskini blog ini InshaAllah kali ini baru diberi kesempatan untuk mengemaskini. Pada 1 haribulan February 2018 aku bermusafir ke bumi Maghrib. Setibanya sungguh aku terkejut kerana kebesihan yang tidakm pernah aku lihat seumur hidup dan tidak seperti kebanyakkan negara-negara Islam yang lain. Udara yang nyaman sangat menarik hati aku. 25 hari yang bakal aku tempuhi bukan sekejap. Banyak istifadah yang boleh aku dapat dan peroleh sekiranya aku memanfaatkan masa dan waktu yang singkat ini. Aku bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 5.50 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Casablanca pada jam 9.10 pagi. Hati penuh debaran dan kegembiraan. Setibanyak aku disana dan selesai semua urusan dilapangan terbang aku dijemput oleh teman seperjuangan aku. Akhmal Hakam ,dan Arif Salimin. Terima Kasih kerana sudi menunggu dan menjemput aku. Kita Fast Foward...... Gambar dibwah kam...