Posts

Showing posts from 2016

Jaulah Bumi Anbiya bhg 10

Image
Hajatku makbul nak ziarah beliau...asik bace selawat beliau Sheikh Saiyyidi Ahmad Badawi.Sheikh al-Sayyid Ahmad al-Badawi (Radi Allah anhu) adalah seorang wali Islam dan juga pengasas perintah Sufi Badawiyyah. Beliau dilahirkan di Fas, Maghribi pada 596 Hijrah dan meninggal dunia di Tanta, Mesir pada 675 Hijrah. Beliau telah banyak menyebarkan ilmu Allah di bumi Tanta dan juga dikenali dengan karamah beliau. Antara barang yang tersimpan di dalam bilik keperluan Rasulullah: 1.Tasbih Syeikh Ahmad Badawi sepanjang 10 meter(999 biji sebesar biji tamar setiap satu) 2.Pakaian Syeikh Ahmad Badawi berwarna merah (20 kilogram) 3.Tongkat Syeikh Ahmad Badawi 4.Serban Syeikh Ahmad Badawi 5.Janggut Rasulullah #Bukan senang untuk kita menghampiri sebahagian jasad Rasulullah dan ana berasa sangat beruntung kerana dapat menghampiri sebahagian jasad Rasulullah. sebak dan ada yang menitiskan air mata kerana perasaan rindu akan Rasulullah.Perasaan yang tidak dapat digambarkan betapa sebak dan ri

Penuntut Ilmu Dan Khadimnya

Image
Penyampaian Ilmu secara Talaqqi..... ialah cara yang sangat terbaik kerana diajar sendiri oleh malaikat Jibril dan Rasulullah kepada para sahabat Rasulullah.... Bahkan pengajaran seperti ini lebih memberikan impak yang besar dalam diri penuntut ilmu itu. Keistimewaan di bumi mesir... yang jarang ada di tanah air ku..... ada tapi tak banyak.... #shiekhabdulazizusamah #Alazhari #markaztahfizdantahsin #asyir #kaherah #mesir #ilmusebelommembaca

Jaulah Dibumi Anbiya bgh. 9

Image
Alhamdulillah....Ziarah Makam Imam Masjid Al Azhar dan khalifah bagi tariqah Ja'fariah. Nama beliau ialah Soleh bin Muhammad bin Soleh bin Muhammad bin Rifai’e yang bersambung keturunannya dengan Saiyidina Jaafar As-Sodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Saidina Ali bin Abi Talib suami Saidatina Fatimah Az-Zahra’ binti Rasulullah s.a.w. Kelebihan Syeikh Soleh di sini ialah beliau berasal dari keturunan Saidina Husain manakala sanad tariqatnya dari Saidina Hasan, Masya Allah! Nur ‘ala nur! Semoga Para penuntut ilmu yang datang menuntut ilmu di Mesir ,dapat mencontohi dan mengambil barakah dari Para Ahli Bait ,Ulama dan Auliya. #shiekhsolehalja'fari #imammasjidalazhar #ziarahmaqam #barakah #semangat #kaherah #mesir

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 8

Image
Alhamdulillah... Dibumi barakah Mesir banyak tertanamnya jasad-jasad yang mulia. "sungguh RUGI bagi mereka yang menuntut ilmu di Ardun Kinanah tapi tidak menziarahiu lama serta Maqam dan Ahli Bait" Disini terdapatnya satu jasad yang mulia.Kerana hampirnya nasab keturunan dengan Baginda Nabi Muhammad. as Syahid Saidina Hussein , cucu dan penyejuk mata Rasulullah . Beliau terkorban ketika menyebarkan islam dalam sebuah perperangan di Karbala. Disini HANYA kepala baginda kerana jasadnya dibawa ke iran. wa Allahu A'lam. #CahayamataRasulullah #mhabbahRasul #saidinahussein #ahlibait #alazhar #maqam #auliya #sahabat #ulama #mesir

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 7

Image
Alhamdulillah... ini lah yang paling beruntung sekiranya berada di ardun kinanah ataupun mesir kerana disini banyaknya ditanam jasad-jasad yang mulia dari susurgalur Nabi yang mulia Rasulallah. Ini maqam sayyidah Zainab cucu perempuan Rasulallah dan akak kepada dua penyejuk mata Rasulallah Saidina Hassan dan Saidina Hussein.Anak kepada Saidina Ali ibn Abi Talib dan Fatimah Az Zahra...

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 6

Image
Ziarah Imam As Syafie dan anak Muridnya Imam Abdullah ibn Muhammad sedikit biodata Imamuna As Syafie Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib, juga dikenali sebagai Imam Syafii (ejaan lain: Imam Syafie) adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia.Hidupnya penuh dengan kesibukkan mempelajari Ilmu. #ziarah #makam #auliya #ulama #barakah #mesir Betapa bahagianya bila kita dapat bersama dengan Imam Mazhab kita.....😢😢😢😢

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 4

Image
Alhamdulillah berkesempatan menziarahi Maqam salah seorang Auliya dan Ulama yang mashyur dalam bidang ilmu Islam. Beliau ialah Al Arif Billah Al Imam Jalaluddin as-Suyuthi (bahasa Arab: جلال الدين السيوطي) (gelar lengkapnya Abdurrahman bin Kamaluddin Abu Bakr bin Muhammad bin Sabiquddin, Jalaluddin al-Misri as-Suyuthi asy-Syafi'i al-Asy'ari; lahir 1445 (849H) - wafat 1505 (911H)) adalah seorang ulama dan cendekiawan muslim yang hidup pada abad ke-15 di Kairo, Mesir. Al Fatihah .... #Maqam #Imamassuyuti #barakah #ulama

Jaulah Dibumi Mesir bhg .3

Image
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam , dapat lagi Alfaqir meneruskan coretan di blog ini. Alhamdulillah sudah hampir sebulan di Ardun Kinanah pelbagai dugaan suka duka penat lelah semakin dapat dirasai. Kali ini Alfaqir ingin membawa teman-teman untuk menikmati sedikit sejarah di Mesir ini. Seperti yang kita maklum Mesir terkenal dengan Nabi Allah Musa dan Firaun laknatullah. Bukan itu sahaja ,di Mesir juga terkenal dengan suatu daerah yang diberi nama Faiyom . Faiyom ialah suatu kawasan yang luas dan sedikit tenang dari kota Kaherah dan ianya ialah tempat Allah menurunkn Azab kepada Qarun. Qarun pada asalnya saudara kepada Nabi Musa dan seorng yang sangat tawaduk. Sehingga suatu hari beliau di berikan Harta yang banyak oleh Allah dan mengatakan ianya hasil usahanya sendiri. .. Disi adanya sebuah tasik dimana adanya Qorun yang ditenggelamkan oleh Allah kerana keenganannya membayar zakat harta selepas mendapat kekayaan yang melimpah ruah . Kami berada dihadapan s

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 2

Image
Alhamdulillah dengan segala rahmat Allah yang Maha Pemurah Alfaqir telah bertolak dari Tanah air tercinta ke Ardun Kinanah pada 22 Jun dan tiba pada 23 Jun. Perjalanan yang sangat panjang walaupun belasan jam sangat memenatkan dan meletihkan badan Alfaqir .Buat pertama kalinya diri ini keluar dari Malaysia dan menuju ke nagara orang lain untuk menimba ilmu. Alhamdulillah angan-angan suatu ketika dahulu menjadi kenyataan . Dengan menaiki penerbangan Thai Airline kami transit seketika di Bangkok selama dua jam dan satu pengalaman yang sangat luar biasa. Selepas itu ,kami bertolak dengan menaiki egypt Air dan kami dah selamat sampai ke bumi anbiya ,mesir selepas subuh 23 Jun dengan keadaan Majoriti tidak berpuasa.Hahahaha . Pelbagai halangan ditempuh untuk tiba ke destinasi. Kami dijemput oleh abang-abang dan kakak-kakak Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Negeri Sembilan (MTPASN) di Cairo Airport dan bertolak ke Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) dengan menaiki Coster. Terkejut dan te

Jaulah Dibumi Anbiya bhg. 1

Image
Assalamualaikum saya Awang Safuan bin Udin ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, ada tersalah bicara sama ada sedar mahupun tidak sedar selama 19 tahun hidup. Sekiranya ada yang memberi makan mohon dihalalkan dan sekiranya ada yang terambil mahupun secara sengaja atau pun tidak mohon dihalalkan juga kerana saya akan melanjautkan pelajaran ke timur tengah dan akan berlepas pada 22 jun ini  . Dan saya mohon dipermudahkan segala urusan belajar dari mula hingga akhir . kepada ayah (Udin bin Siawang) dan ibu (Rohani binti Jalaluddin@khudus) terima kasih kerana besarkan along dan jaga dan segala-galanya .Along mohon maaf kalau ada salah silap ,terkasar bahasa dan halalkan makan minum serta restukan pemergian along untuk belajar. Dan doakan along selalu. kepada sedara mara terima kasih along ucapkan kepada semua dan along mohon maaf kalau ada salah silap ngn pakcik makcik abang dan akak semua ..mohon dimaafkan dan dihalalkan.Tolong tengok-tengokkan ibu ngn ayah. kepada semua a

Kenangan GERBANG PRA-SISWA (GPS) 2016

Image
terima kasih kerana memberi kami pengalaman yang menarik. Walaupun tidak pernah bertemu selama ini akhirnya dengan program 3hari 2malam dapat menyatukan hati kami ...semoga mendapat rahmat dan keampunan dari Allah. Dan semoga kita