IBU ^_^
Asalamualaikum ....Alhamdulillah hari ini saya teringin nak berkongsikan sedikit ilmu yang mungkin memberi impak kepada kita....
Ramai diantara kita masih lagi yang mempunyai ibu dan ayah....tapi kali ini saya ingin berkongsi tentang ibu...
Sejak akhir-akhir ni sudah ramai orang mula memandang rendah terhadap ibu bapa mereka. Ini lah yang akan melahirkan ramai si tanggang .Kelahiran si tanggang moden ini selari dengan pembangunan yang semakin pesat, bermakna manusia semakin mengejar duniawi dan mengabaikan tuntutan akhirat sehinggakan ibu bapa sendiri pun diabaikan bahkan lebih teruk lagi disepak terajang. Eh... tak boleh macam tu. Ibu bapa kita tanggungjawab kita dan kita wajib mentaati mereka. Menjaga dan menghormati mereka adalah satu ibadah yang ada ganjaran.Cuba kita perhatikan sebahagian sedutan daripada keratan akhbar yang mengambarkan betapa anak derhaka semakin menjadi-jadi...
Lihatlah keratan akhbar dibawah...
Lihat!!!
Sanggupkah kita sebagai anak-anak perlakukan sebegini kepada ibu dan ayah yang telah menjaga dan melahirkan kita?.....
Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
Menghormati dan taat kepada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Hadith RasulAllah di bawah wajar diperhati sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dengan ibu bapa.
“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).
Dibawah ni saya ingin berkongsi tentang video mengenai ceramah yang mungkin memberi rasa keinsafan....
alhamdulillah ..... dapat sudah saya berkongsikan cerita... Alhamdulillah...
Terima kasih kerana memberi kan masa anda untuk melihat dan memmbaca artikal diatas...
Saya Sayang Ibu Saya ^_^
Comments
Post a Comment