couple Islamik .....ada ke?

Assalamualaikum...hari ni saya tertarik nak berkongsikan idea-idea yang dicurahkan oleh sahabat saya Mierafieqah ,terima kasih atas idea-idea bernas ^_^


Dalam ISLAM, sebenarnya tiada pun istilah COUPLE ISLAMIK. Faham? Mereka yang kurang memahami hukum hakam agama sengaja menambahkan perkataan ISLAMIK tersebut supaya nampak macam perhubungan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tiada ikatan itu kelihatan BAIK dan BAGUS di pandangan orang ramai.

Padahal COUPLE ISLAMIK yang dihebohkan oleh remaja zaman kini sebenarnya membuatkan kita lalai !
Lalai dengan agama kita sendiri. Dan ini boleh menjerumus kepada zina. Mungkin bukan zina secara fizikal. Tetapi seperti zina hati, zina mata dan sebagainya.

Contoh seperti zina hati. Mungkin, mungkin kita tak berpegangan tangan atau berpelukan dengan si dia TETAPI kita sentiasa call, sms dengan si dia setiap hari. Dan bila di mana masa kita yang lapang kita harus habiskan masa dengan dakwah atau tarbiyah atau sesuatu untuk Islam, tapi kita gunakan untuk orang yang bukan HALAL untuk kita.

Bila mana dalam hati kita kena sentiasa ingat kepada Allah, tetapi oleh kerana mabuk cinta, hati kita sentiasa teringat pada dia sehingga tiada ruang di hati untuk kita ingat kepada Allah. Tidakkah ia menganggu hati anda?

Ingatlah, walaupun kita sudah berkahwin.

Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 32

وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)



Lihatlah dalil Al Quran diatas,nak hampiri zina pun tidak boleh apatah lagi kalau berzina.

Saya rasa ramai juga yang pernah terjerumus ke alam couple ini. Tetapi ingatlah kita kena sedar bahawa tiada perhubungan yang lebih berkat selain perhubungan  yang dijaga batas-batasnya dan diredhai Allah serta ibu bapa kita.


Kepada sahabat-sahabat, kakak-kakak, abang-abang di luar sana. Percayalah, untuk kita membina keluarga islam yang sempurna ini bukannya mudah ! Segala persiapan daripada segi fizikal dan mental kena mantap.

Terutama kepada pihak lelaki, ubahlah dan upgrade lah diri anda menjadi si jejaka yang tampan akhlaknya. Bukan tampan pada rupa sahaja.tetapi akhlaknya ZERO

Dan kepada sang wanita bakal muslimah yang solehah, ubahlah dan upgrade diri anda dahulu.
kepada individu yang lebih mantap

Larangan menyentuh wanita yang bukan muhrim:
Sabda Rasulullah SAW : "Sekiranya kepala salah seorang dari kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu". (Hadis Riwayat At-Tabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)




Itu sahaja dari saya rasanya kalau ada apa-apa yang boleh dikongsikan saya akan kongsikan.... ^_^


Idea bY: MiErA FieQaH ^_^


Comments

Popular posts from this blog

Majelis Nurul Musthofa Muhammadun nabiyuna NEW QASIDAH

Qasidah muhammadun basyarun

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi