Posts

Showing posts from December, 2014

luahan hati ....

Image
[ Maaf terpaksa tulis begini ] Muslimah.. Usah tertipu.. Kita pakai sopan.. Tudung labuh berstongan dan berstoking.. Cantik di pandangan Allah kan.. Namun upload gambar banyak banyak kat fb… Dekat jauh semua ada.. Pegang quran.. Pegang buku.. Renung pantai.. Renung langit… Macam pelik pula kan.. Bukan apa.. Bukankah tujuan menutup aurat.. Untuk menjauhkan pandangan ajnabi. Nmpak tak permainan syaitan.. Nampak macam tak dosa pun.. Tapi sebenarnya pintu pintu fitnah telah terbuka sikit demi sikit.. Ajnabi senang senang dapat lihat.. Sebab kat realiti banyak yang tunduk kan.. Bila kat alam maya susah nak tunduk.. Semua mendongak.. Yang kuat je kot akan bertahan… So muslimah.. Apalagi… Come on.. Stop upload kerana Allah.. Jika tak mahu dipandang.. Maka di alam maya pun mesti kena jaga.. Usah biar wajah kita macam iklan.. "SENANG….SELALU…PERCUMA.." Untuk dilihat!

IBU ^_^

Image
Asalamualaikum ....Alhamdulillah hari ini saya teringin nak berkongsikan sedikit ilmu yang mungkin memberi impak kepada kita.... Ramai diantara kita masih lagi yang mempunyai ibu dan ayah....tapi kali ini saya ingin berkongsi tentang ibu... Sejak akhir-akhir ni sudah ramai orang mula memandang rendah terhadap ibu bapa mereka. Ini lah yang akan melahirkan ramai si tanggang .Kelahiran si tanggang moden ini selari dengan pembangunan yang semakin pesat, bermakna manusia semakin mengejar duniawi dan mengabaikan tuntutan akhirat sehinggakan ibu bapa sendiri pun diabaikan bahkan lebih teruk lagi disepak terajang. Eh... tak boleh macam tu. Ibu bapa kita tanggungjawab kita dan kita wajib mentaati mereka. Menjaga dan menghormati mereka adalah satu ibadah yang ada ganjaran.Cuba kita perhatikan sebahagian sedutan daripada keratan akhbar yang mengambarkan betapa anak derhaka semakin menjadi-jadi... Lihatlah keratan akhbar dibawah... Lihat!!! Sanggupkah kita sebagai anak-anak perlakukan ...

Indahnya wanita ^_^

Image
Wanita hiasan dunia Seindah hiasan adalah wanita solehah Yang akan membahagiakan Syurga di dalam rumah tangga Assalamualaikum...pernah dengar tak lirik lagu diatas?....pernahkn ?mungkin ada juga yang menghafal lagunya.....Inshaallah hari ini saya ingin berkongsikan tentang kaum Hawa.... MashaAllah... Sahabat-sahabat nak tahu tak Kaum Hawa antara makhluk Allah yang dimuliakan “Maka  wanita  yang  sholihah  adalah yang taat, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah menjaga mereka".Lihatlah  betapa mulianya wanita dalam pandangan islam...bahkan banyak hadith-hadith yang menceritakan tentang wanita. Allah menjaga mereka takkala suaminya tiada... sebenarnya lirik lagu diatas berdasarkan sebuah hadith Rasulullah.....Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim). Lihat.... Betapa Allah dan Rasulnya menitik beratkan tentang kaum hawa... bahkan pada z...

couple Islamik .....ada ke?

Image
Assalamualaikum...hari ni saya tertarik nak berkongsikan idea-idea yang dicurahkan oleh sahabat saya Mierafieqah ,terima kasih atas idea-idea bernas ^_^ Dalam ISLAM, sebenarnya tiada pun istilah COUPLE ISLAMIK. Faham? Mereka yang kurang memahami hukum hakam agama sengaja menambahkan perkataan ISLAMIK tersebut supaya nampak macam perhubungan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tiada ikatan itu kelihatan BAIK dan BAGUS di pandangan orang ramai. Padahal COUPLE ISLAMIK yang dihebohkan oleh remaja zaman kini sebenarnya membuatkan kita lalai ! Lalai dengan agama kita sendiri. Dan ini boleh menjerumus kepada zina. Mungkin bukan zina secara fizikal. Tetapi seperti zina hati, zina mata dan sebagainya. Contoh seperti zina hati. Mungkin, mungkin kita tak berpegangan tangan atau berpelukan dengan si dia TETAPI kita sentiasa call, sms dengan si dia setiap hari. Dan bila di mana masa kita yang lapang kita harus habiskan masa dengan dakwah atau tarbiyah atau sesuatu untuk Islam, tapi k...

Apa itu Bintang

Image
Twinkle, twinkle, little star How I wonder what you are Up above the world so high Like a diamond in the sky... Masa kite kecil pernah tak kita mendengar lagu diatas? mesti pernahkan....lagu yang biasa dinyanyikan ketika hendak tidur....bahkan ada yang menghafal lahu ini dansering dinyanyikan... Alhamdulillah kali ini saya nak berkongsi ilmu mengenai bintang.... Kita lihat bintang seperti tiada apa-apa....tatapi terdapat 1001 hikmah penciptaan bintang... Menurut Wikipedia : Supernova  adalah ledakan dari suatu  bintang  di  galaksi  yang memancarkan tenaga lebih banyak dari  nova . Peristiwa supernova ini menandakan berakhirnya riwayat suatu bintang. Bintang yang mengalami supernova akan nampak sangat terang dan bahkan keterangannya boleh mencapai ratusan juta kali cahaya bintang tersebut semula, beberapa minggu atau bulan sebelum suatu bintang mengalami supernova bintang tersebut akan melepaskan tenaga yang dengan tenaga matahari yang d...

Otak kita

Image
Assalamualaikum.....hari tertarik untuk berkongsikan fakta mengenai otak ,Otak kita sungguh hebat hingga mampu mengalahkan 1000 unit komputer.Hebat! tapi yang lagi adalah penciptanya yaitu Allah.Dialah yang menciptakan semua perkara.Jadi mari kita selidik apa yang ada pada otak kita.... Jom!!! Menurut Wikipedia :  Otak  merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi. Cuba kita fikirkan bagaimana otak yang tidak berapa besar mampu menyimpan ribuan bahkan jutaan maklumat dalam satu tempat yang hanya sebesar gengaman tangan kita...??? Ada ke tidak otak disebutkan dalam al Quran?  Dalam Al-Qur’an surah al alaq ayat 16 Allah SWT menyebutkan bahawa gambaran otak manusia adalah “naqshiyah...

Perjalanan Menuntut Ilmu ke DM kita ^_^

Image
Assalammualaikaum.... Alhamdulillah dapat juga kesempatan untuk mengemaskini blog saya. InshyaAllah kali ini saya mahu berkongsikan pengalaman-pengalaman yang diperoleh semasa saya dan beberapa orang sahabat iaitu Muhammad dan Dhuha. Alhamdulillah pada awalnya perjalanan kami agak lambat tetapi dengan izin Allah ,Allah memudahkan perjalanan kami untuk menuju ke taman-taman syurga Allah. Inilah antara gambar-gambar yang boleh dikongsikan bersama kalian agar menjadi penaik semangat untuk menghadiri majlis ilmu....inshyaAllah  Ketika menunggu KTM diseremban selepas Solat Jumaat Muhammad ketika sampai di pintu Masuk masjid Perjalanan demi perjalanan akhirnya kami tiba di tempat yang dituju...Alhamdulillah Pada petang hari bersama Habib Ali Zainal Abidin Sebelum Maghrib keadaan masjid Muaz bin Jabal ...MashyaAllah sudah penuh dengan hamba-hamba Allah yang cintakan majlis ilmu Masih menunggu ketibaan para Habaib serta orang ya...

Off The School

Image
Assalamualaikum...alhamdulillah akhirnya sudah 5tahun di Maahad Ahmadi berakhirlah saye sebagai pelajar sekolah ....selepas ini mungkin sambung STAM (sijil tinggi agama malaysia),walau apapun alhamdulillah.Pada 1 dan 2 disember yang lepas kami (bekas  pelajar Maahad Ahmadi) telah mengadakan lawatan ke sebuah negeri yang tak seberape nak jauh pun dari Negeri Sembilan...kami pergi Melaka je...pada asalnya nak pergi ke langkawi tapi penyertaan tidak ramai...jadi kami pergi ke Melaka .Jadi gambar-gambr dibawah antara kenangan yang berjaya dibawa bersama.....hehehe berganbar di pantai klebang moga persahabatan terus kekal kesyurga Berehat makan selepas penat berjalan Tempat ni khas tok bergambar kot... Otw ke Mahkota Prade ke river cruise kite...huhuhu berkayak di air keroh melaka... memang berani bawak phone dorang ni..lalalala bergambar di pantai puteri... Peace yoo... moh makang bersama-sama.......