Ikhtilat dalam islam....
Assalamualaikum.... kali ini saya nak berkongsikan idea yang diberikan oleh sahabat saya Qasrina mengenai Ikhtilat .... InshaAllah mungkin sebanyak akan membantu kita untuk menjaga batas-batas ikhtilat kita..... ^_^
Ikhtilat tu ape???....
Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa.
Syarat-syarat Ikhtilat
1- Niat
- Kerana Allah
2- Matlamat
- Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3- Tidak bersentuhan
- Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
4- Menutup & menjaga aurat
- Perlu sentiasa terjaga
5- Menjaga adab bercakap
- Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6- Mengasingkan tempat
- Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang
7- Dibawah kawalan orang yang dipercayai
- Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
- Keadaan (Wakie’) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai
Salah Faham berkaitan Ikhtilat
- Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.
- Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat
- Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan
- Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)
- Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat
- Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.
- Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan
- Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat
- Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat
- Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat
Lihat akan adab-adab berikhtilat agar pergaulan kita tidak bercampur dengan perkara-perkara maksiat...
Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:
1- Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)
- Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
2- Dalam keadaan keperluan (Hajat)
- Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
- Dalam pembelajaran (Kelas)
- Jual beli
- Kerja kehakiman
- Saksi
- Amar maaruf nahi mungkar
- Melayan tetamu
- Dalam kenderaan awam
- Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga
“Wallahua’lam”
Idea by : Siti Qasrina ^_^
Comments
Post a Comment