~Cerita COUPLE ISLAMIK~

Assalamualaikum...kali ini saya tertarik untuk berkongsikan kisah yang dicipta oleh sahabat saya mengenai cinta islamik..... jom kita hayati....



~COUPLE ISLAMIK~
Apa 2?? Jom baca kisah ni..kot2 faham..seblum tu..nama yg diguna hanya sbagai contoh shaja..k.

Kisahnya mengenai 3 org, Haziq Mohammad, Wana Zainal dan Abdullah Shuib sama-sama belajar di Maahad Ahmadi gemencheh . Beberapa lama kemudian,Haziq jatuh hati pada keayuan Wana. Matanya mengalahkan angelina jolie. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Haziq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada wans sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk taiko2 musolla mcm Muhammad Nur Aiman.
Akhirnya, apabila Haziq berada di senawi 2, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya,Wana tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam dan daq agama. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.
"COUPLE ISLAMIC"..fuyyyyooo.

Asal keluar, pergi tempat terbuka..mcam kat maahad square,mat'am kat tmn hamzah la selalu..baru romantik.. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni.mcam kat bilik Kajeng.. Bukan itu sahaja,Wana kena pakai tudung labuh ..haziq pula pakai serban dan jubah..Mengalahkan Safuan Udin .Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di koop tadarrus lagi..ngulang surah hafalan..


Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Haziq ditakdirkan bertemu dengan Abdullah. Ketika itu Haziq dan Wana sedang bertadarrus di pondok hamzah..Abdullah tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk di koop.



 Bila duduk, Abdullah bertanya,
"Have you married?".
"No.", jawab Wana.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Abdullah yg baru habis kelas BI dengan cg kesayangan nya madam azlina.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Haziq dgn semangat mudanya...Abdullah hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Abdullah pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku non muslim. Tinggal kat Bandar Bollywood..(wow!!bandar bollywood!!) Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.



Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Haziq dan Wana pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....



wallahualam.... 

Idea by :حفيظ القرأن ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Majelis Nurul Musthofa Muhammadun nabiyuna NEW QASIDAH

Qasidah muhammadun basyarun

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi