APA ITU AD-DIN

Assalamualaikum..... Alhamdulillah dah lama tidak updet blog ini dan akhirnya dapat juga peluang walaupun disaat-saat hampir SPM ni...

Kali ni nak berkongsi tentang ...





Apa itu islam????

Kita dah lama beragama islam tapi masih ada yang belum mengenali apa erti sebenarnya islam itu...

Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hakam berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyah dan jamai'yyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Senang kata islam itu GAYA HIDUP yang merangkumi seluruh kehidupan kita dari kita bangun dari tidur hingga kita tidur semula.



Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada Rasulnya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manusia. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah adalah ajaran agama yang sebenar dan Rasulullah sendiri didik oleh Allah dan dengan itu Rasulullah yang layak menjadi Qudwah Hasanah atau Role Model kepada kita.




Jadi jika kita jaga agama kita kita di ibaratkan seperti menjaga tiang-tiang bangunan ..tapi sekiranya kita abaikan agama kita ibarat merobohkan bangunan yang dibina .




Comments

Popular posts from this blog

Majelis Nurul Musthofa Muhammadun nabiyuna NEW QASIDAH

Qasidah muhammadun basyarun

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi