Posts

Showing posts from October, 2014

Kelebihan Muharram

Image
Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA katanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang puasa hari Arafah. Jawab Baginda, “ Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang .” Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura. Jawab Baginda: “ Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu .” (HR Muslim) Berkata Al-Hassan Al-Basri rahimahullah: “ Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya .” Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam PERISTIWA 10 MUHARRAM 10 Muharram – Dinamakan juga  ‘Hari Asyura’ . Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan da

SURAT CINTA GURU TAJWID #SOLUSI

Image
Isteri ku, Saat pertama kali bertemu denganmu aq bagaikan berjumpa dengan saktah hanya mampu terkesima dengan menahan nafas sebentar. Aku di matamu mungkin bagaikan nun mati dalam idhgram bila ghunnah terlihat tetapi dianggap tidak ada. Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti idzhar jelas dan terang. Jika min mati bertemu ba disebut ikhfak syafawi maka jika aku bertemu dirimu disebut cinta. Sejenak pandangan kita bertemu ,lalu tiba-tiba semua itu seperti idhgram mutamathilain melebur menjadi satu. cintaku padamu seperti mad lazim ,paling panjang diantara yang lain, Setelah kau terima cintaku ,rasa hatiku seperti qalqalah kubra terpantul-pantul dengan keras. Dan akhirnya setelah lama kita bersama ,cinta kita seperti iqlab ditandai dengan dua hati yang menyatu. Sayangku padamu seperti mad tabii dalam Al Quran.Banyak!!! Semoga dalam perhubungan kita seperti idhgram bila ghunnah cuma berdua lam dan ra' . Layaknya seperti waqaf

APA ITU AD-DIN

Image
Assalamualaikum..... Alhamdulillah dah lama tidak updet blog ini dan akhirnya dapat juga peluang walaupun disaat-saat hampir SPM ni... Kali ni nak berkongsi tentang ... Apa itu islam???? Kita dah lama beragama islam tapi masih ada yang belum mengenali apa erti sebenarnya islam itu... Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hakam berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyah dan jamai'yyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Senang kata islam itu GAYA HIDUP yang merangkumi seluruh kehidupan kita dari kita bangun dari tidur hingga kita tidur semula. Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada Rasulnya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manus

KARNIVAL GEGAR KEAMANAN 2014

Image
Pengerusi Program Abdullah Kami bahagian studio Al Quds Ahmad Imran tengah adjust lightning Gelagat rakan-rakan yg mencuit hati Muka penat je ....