Posts

Catatan 2015

Image
Assalamualaikum.... setelah sekian lama tidak bersua,akhirnya dengan izin Allah dapat lagi kita bertemu. Alhamdulillah....Maaf atas segala kekurangan masa kerana saya tidak sempat untuk mengemaskini blog ini. Jadi insha Allah untuk kali pertama dalam Tahun 2016... Saya akan berkongsikan mengenai aktiviti terakhir di sekolah pada tahun lepas. Jadi ... seperti didalam gambar dibawah... itulah dia seorang pemuda hansem lemah lembut suaranya tapi sudah berumah tangga. Beliau ialah ustaz Khoir bin Saidina Abu Bakar. Ustaz Khoir sempat memberikan tasji' atau pun tausiyah kepada kami selaku pelajar-pelajar lepasan stam Maahad Ahmadi ,Negeri Sembilan.  Para pelajar STAM khusyuk mendengar nasihat dari beliau kerana beliau juga merupakan bekas pelajar di Maahad Ahmadi. Antara nasihatnya :  "Kamu kana ingat bukan slip dan sijil yang dicari tapi ilmu itu dan bagai mana kamu mempraktikkan didalam kehidupan kamu sebagai seorang yang mendalami ilmu agam...

OpSSS!!!

Wanita yg bercouple umpama Air Musta'mal 💧💧💧💧💧💧💧💧💧 Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone.. (couple)💑 Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua..💘 🌿Syeikh: Kamu suka dia? 💌 🌻Fulan: Ya syeikh....👉👈 🌿Syeikh: Kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu? ✋ 🌻Fulan: Ya Syeikh... Pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...🌟 🌿Syeikh: Bila kamu akan menikahinya? 💍✨ 🌻Fulan:  Lepas belajar syeikh... dalam 3 tahun lagi... 🙇📚 🌿Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia? Kamu bukan nak menikah sekarang? Kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? 😢 Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu...

kasih Ilmu Diri Cemerlang

Assalamualaikum... Apa khabar?kalian  semua sihat?InshaAllah dalam keadaan sihat sejahtera.Sudah lama tidak mengemaskini blog ini jadi,saya ingin berkongsikan beberapa tips untuk menjadi celajar cemerlang dari Dr.Fadilah Kamsah. Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan: Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: kita ingat 10% apa yang dibaca kita ingat 20% apa yang didengar kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat kita ingat 70% apa yang dicakapkan kita ingat 90% setelah dipraktikkan Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah). ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan s...

Rehat Sebentar...

assalamualaikum...fuhh... sekian lama blog ini senyap dari sebarang artikel.. maaf saya ucapkan kerana kesibukan dalam belajar dan menuntut ilmu Allah.. maklumlah tahun ini saya dan kawan-kawan sedang menghadapi perperiksaan sijil tinggi agama malaysia. Insha Allah lepas stam baru dikemaskini... saya wakil kawan-kawan memohon doa dari teman-teman agar mendoakan kami yang sedang menghadapi STAM... semoga keputusan kami Mumtaz ..Inshyaallah...

jalan-jalan 15

Image
Assalamualaikum..kali ni nak share aktiviti terbaru saya..hahaha baru je semalam pergi Afamosa Resort..hahaha best la jugak...juz x dapat naik big aiscream..hahahahaa x pe lah x de rezeki namanye. ayoo...gambar selpie je la ade..yang lain x dapat amik sebab tempat berair kan??? basah phone kang.... fuhhh... seronok...penat lak tu...mahu x sakit belakang ...hahahaha..sabar jelah

Bersama Shiekh Abdul Razak Al Misri

Image
Assalamualaikum...fuhhh..dah lama rasanya x updet status kan???? hahaha...meh kali ni kasi letop ini blog..banyak ni cite yang nak dikongsikan....walau apapun akhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup dan updet... ^_^ Hari tu Shiekh Abdul Razak al Misri datang masjid kg asahan..... pada mulanya x tau pun...ingatkn penceramah biase-biase je... bile masok je perkarangan masjid patut la muhammad lambai tangan...pangil.hahaha..rupanya shiekh yg datang. Duli juz pasang niat nak jumpa beliau las-last makbul hajat..alhamdulillah...huhuhu...masih diberi kesempatan untuk bersama beliau walaupun x lama..hahaha dapat dengar ceramah mengenai isra' wa mi'raj.

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi

Image
Assalamualaikum...alhamdulillah dengan limpah kurnia dari allah dpat juga saya berkongsikan pengalman saya yang baru beberapa jam lepas menghadiri majlis Haul Sayyid Syiekh Muhammad Al Hasyimi di Madrasah Al Bakri. Majlis disertai oleh ahbab-ahbab syazuli .Dan majlis ini turut dihadiri oleh mantan mufti kanada Sayyid Shiekh Yusuf Al Hasani yang baru tiba dari mesir ,dan majlis ini adalah satu dugaan dan kejutan buat beliau. Masjlis dimulakan dengan pembacaan Hizi Bhar karangan Imam Hassan As Syazuli dan disertakan beberapa qasidah.Seterusnya sebagai pembukaan Ustaz Nasir menceritakan sedikit mengenai Shohib Haul iaitu Sayyid Syiekh Muhhammad Al Hasyimi. Syiekh Yusuf menceritakan pengalamannya  mengenai shohib Haul yang beliau sendiri sempat bertemu dan berada dibawah tarbiahnya. Antara kata-kata yang dapat di kongsikan:  1)Sayyid Muhammad Al hasyami merupakan seorang ulama yang hebat,bahkan beliau sendiri antara ulama yang tersembunyi dari m...