Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi

Assalamualaikum...alhamdulillah dengan limpah kurnia dari allah dpat juga saya berkongsikan pengalman saya yang baru beberapa jam lepas menghadiri majlis Haul Sayyid Syiekh Muhammad Al Hasyimi di Madrasah Al Bakri.



Majlis disertai oleh ahbab-ahbab syazuli .Dan majlis ini turut dihadiri oleh mantan mufti kanada Sayyid Shiekh Yusuf Al Hasani yang baru tiba dari mesir ,dan majlis ini adalah satu dugaan dan kejutan buat beliau.


Masjlis dimulakan dengan pembacaan Hizi Bhar karangan Imam Hassan As Syazuli dan disertakan beberapa qasidah.Seterusnya sebagai pembukaan Ustaz Nasir menceritakan sedikit mengenai Shohib Haul iaitu Sayyid Syiekh Muhhammad Al Hasyimi.


Syiekh Yusuf menceritakan pengalamannya  mengenai shohib Haul yang beliau sendiri sempat bertemu dan berada dibawah tarbiahnya.


Antara kata-kata yang dapat di kongsikan: 
1)Sayyid Muhammad Al hasyami merupakan seorang ulama yang hebat,bahkan beliau sendiri antara ulama yang tersembunyi dari masyarakat kerana akhlaknya lebih menonjol dari pada ilmunya walaupun beliau seorang ulama.

2)Walaupun seorang ulama yang hebat ,beliau pada mulanya bekerja sebagai pembaiki kasut ketika berada di syam,dengan duit berkerja 5 sen ,beliau membina pondok kecil diatas bukit di negeri syam,Walaupun pada asalnya tindakan beliau mendapat bantahan ulama-ulama dari syam selepas mengetahui akan kehadiran beliau di negeri itu,

3)Beliau menyediakan sebuah kutaib kecil ketika mengajar dan apabila terkeluar dari mulutnya kata-kata hikmah beliau akan menulis didlam kutaib tersebut.dan tindakannya itu ditanya oleh muridnya ,Beliau menjawab "Aku mengajar kamu semua tapi yang mengajar aku adalah Allah",itu menunjukkan hebatnya beliau dalam displin ilmu.



Alhamdulillah...Bagi mereka yang hadir ia merupakan satu pengalaman yang begitu hebat dan beruntung kerana masih diberi keizinan oleh Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Majelis Nurul Musthofa Muhammadun nabiyuna NEW QASIDAH

Qasidah muhammadun basyarun