Posts

Showing posts from May, 2015

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi

Image
Assalamualaikum...alhamdulillah dengan limpah kurnia dari allah dpat juga saya berkongsikan pengalman saya yang baru beberapa jam lepas menghadiri majlis Haul Sayyid Syiekh Muhammad Al Hasyimi di Madrasah Al Bakri. Majlis disertai oleh ahbab-ahbab syazuli .Dan majlis ini turut dihadiri oleh mantan mufti kanada Sayyid Shiekh Yusuf Al Hasani yang baru tiba dari mesir ,dan majlis ini adalah satu dugaan dan kejutan buat beliau. Masjlis dimulakan dengan pembacaan Hizi Bhar karangan Imam Hassan As Syazuli dan disertakan beberapa qasidah.Seterusnya sebagai pembukaan Ustaz Nasir menceritakan sedikit mengenai Shohib Haul iaitu Sayyid Syiekh Muhhammad Al Hasyimi. Syiekh Yusuf menceritakan pengalamannya  mengenai shohib Haul yang beliau sendiri sempat bertemu dan berada dibawah tarbiahnya. Antara kata-kata yang dapat di kongsikan:  1)Sayyid Muhammad Al hasyami merupakan seorang ulama yang hebat,bahkan beliau sendiri antara ulama yang tersembunyi dari masyarakat