Al Azhar
assalamualaikum... InshyaAllah kali ini saya ingin berkongsi pula mengenai sebuah universiti yang terkenal didunia .Universiti ini antara yang menjadi tumpuan para pelajar yang ingin menuntut ilmu agama dan lain-lain. Dari timur hinggalah ke barat ,bagi yang mencintai ilmu Allah pasti akan menyimpan perasaan untuk menghadirkan diri ke universiti ini. Ikutkan saya juga pernah dapat surat tawaran untuk sambung belajar ke universiti ini tapi tawaran itu datangnya dari pihak swasta. Hahahaha..... Jom kita kenali Universiti Al Azhar, Khaerah ,Mesir.....
Bagi Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Universiti Al Azhar juga merupakan silibus penting dalam buku Adab Nusus.
Ini untuk menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada.
Tidak kenal maka tidak cinta...Disini disertakan logo universiti Al Azhar sebagai pengenalan untuk kita mengenai dengan lebih mendalam pasal universiti ini.
Universiti Al Azhar / Masjid Al Azhar : sejarah telah merekodkan mengenai universiti ini di bina pada tahun 970 masihi dan dibina selama 2 tahun ,dan siap pada tahun 972 masihi. Dibawah pemerintahan kerajaan Fatimiyah. Dan peminpin pada masa itu ialah Jawhar al Siqilli bermazhab syiah ,Oleh sebab itu ia dinamakan Al Azhar nisbah kepada Fatimah az Zahra puteri Rasulullah.
Pada asalnya tujuan pembinaa universiti ini untuk penyebaran Mazhab Syiah di bumi Mesir. Solat pertama yang didirikan diMasjid Al Azhar ini ialah solat Jumaat pada 9 Ramadhan 970 masihi. Dengan terbinanya universiti ini ia sebagai pusat ilmu terbesar dimasa itu. Pemerintah telah menempatkan seramai 36 orang ulama yang bermazhab syiah untuk mengajar diuniversiti ini. Ada menteri yang mengambil inisiatif unuk sendiri mengajar diuniversiti ini dengan menggunakan buku yang dihasilkan olehnya sendiri.
Pada mulanya Ilmu yang diajar ialah Ilmu Addiniyah dan Lughah sahaja. Yang perlu kita ketahui Universiti ini pernah ditutup oleh Sultan Sollahuddin Al Ayubi kerana beliau bermazhab Sunni, dan tujuannya untuk menghapuskan kerajaan syiah pada masa itu. sekian kianlamanya universiti ini ditutup bahkan hampir 1 kurun barulah ia dibuka semula sebagai pusat penyebaran ilmu bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah.n Dan tahun demi tahun tika berlakunya serangan tentera monggol di andalusia serta baghdad maka ramailah ulama yang melarikan diri ke universiti ini.
Ramai ulama yang telah lahir dari tangan tarbiah para ulama-ulama yang hebat .seterusnya mereka sebagai penyambung kepada risalah Rasulullah dalam dunia dakwah. Ramainya pelajar dari malaysia yang menuntut ilmu disana .semoga mereka tabah dalam menuntut ilmu. Aminn...
Comments
Post a Comment