Menjemput Sheikh As-Syarif Al-Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani

Assalamualaikum...alhamdulillah...sudah lama tidak kemaskini blog ni.... jadi...saya teringin sekali berkongsi dengan kalia semua akan pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh berada di Maahad Ahmadi Stam...
seperti yang dapat kalian lihat....Gambar-gambar dibawah antara pengalaman manis yang saya lalui...

Padamulanya Ustaz Nasir menyuruh saya,Izzul dan Fiqri untuk menemani beliau ke KLIA2 untuk menjemput ketibaan seorang ulama dari luar negara yang baru sahaja pergi menziarahi 
madrasah dikelantan beliau ialah Sheikh As-Syarif Al-Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani.
Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w. Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada


kelihatan mesra ustaz Nasir bersama shiekh Yusuf sewaktu menyambut ketiban di KLIA2


Ustaz Nasir berbual sementara menunggu ketibaan kenderaan shiekh.


Pada asalnya ustaz Nasir datang untuk menjemput kedatangan shiekh yusuf tapi...di jemput juga untuk jadi penterjemah di Madrasah Dakwah & Tarbiyyah Al-Hasaniyyah SHAH ALAM.


para jemaah mendengar dengan penuh khusyuk akan tausiyah yang diberikan oleh shiekh Yusuf


Antara kata-kata beliau yang sempat di kutip :-

1)kita dibenarkan untuk bercinta ,tapi lihatlah dimana tempat sepatutnya diletakkan cinta itu .

2)Adakah akan sama pemikiran orang yang berumur 40 tahun dengan kanak-kanak?.... Tidakkan? kerana sebab itulah Wahyu itu diturunkan kepada Rasulullah pada umur Baginda 40 tahun kerana pada umur dan usia sebegitu pemikiran kita sudah MATANG.




Comments

Popular posts from this blog

Majelis Nurul Musthofa Muhammadun nabiyuna NEW QASIDAH

Qasidah muhammadun basyarun

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi