Secebis Kain

Assalamualaikum....

Kali ini tertarik pula untuk berkongsi akan secebis kain yang menutup wajah...sekarang makin ramai yang berminat dengan pemakaian Purdah dan niqab nie.....Baguslah...

Wajib wanita muslimah memakai niqab اatau purdah adalah pendapat sebahagian para ulama. Sementara jumhur (majoriti) ulama berpendapat muka wanita tidak termasuk di dalam auratnya. Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para imam ahli sunnah wal jama`ah. Saya menyokong pendapat jumhur ulama yang menganggap purdah bukanlah suatu kewajipan. Wajah wanita bukanlah aurat. Hukumnya harus...

Tapi...Ada jugak yang memakainya semata-mata untuk  berfesyen....emmm...macam mane pulak tu??? Kite ikut niat la...kalau niat si pemakai hanya kerana Allah ...InsyaAllah akan mendapat pahala....kalau berfesyen..wallahuA'lam

Sebenarnya cantik sekiranya Muslimat menutup muka mereka.... ^__^

Comments

Popular posts from this blog

Majelis Nurul Musthofa Muhammadun nabiyuna NEW QASIDAH

Qasidah muhammadun basyarun

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi