Hati





Tak kala hujan turun membasahi bumi....kepala ku ligat berfikir .Tak kala tetesan hujan hinggap kepipiku,terasa bagaikan air yang membeku.....Aku berfikir adakah hujan yang turun ini seperti hati yang sedang lara...Hujan semakin lebat .Hatiku tidak tenang selepas berhubung dengannya. Manakan mungkin  hati ini tenang selepas dilontarkan dengan segala tuduhan....Tetapi hati ini tetap sabar dan tabah walaupun yang melontarkannyaorang yang dikasihi .Bagaikan dicarik-carik hati ini dengan pisau yang tumpul.




                    Hati mengapa engkau sering diuji??? mengapa engkau sering disakiti...Duhai hati ,sabarlah dan tabah lah engkau dalam menyusuri liku-liku kehidupan...Teringat aku akan hadith nabi bahawa hujan yang turun bersama malaikat dan ditugaskan untuk mengaminkan doa manusia.....Hati jadilah seperti hujan yang tidak dicemari warnanya.





Comments

Popular posts from this blog

Majelis Nurul Musthofa Muhammadun nabiyuna NEW QASIDAH

Qasidah muhammadun basyarun

Haul Sayyid Syeikh Muhammad Al Hasyimi