Catatan 2015
Assalamualaikum.... setelah sekian lama tidak bersua,akhirnya dengan izin Allah dapat lagi kita bertemu. Alhamdulillah....Maaf atas segala kekurangan masa kerana saya tidak sempat untuk mengemaskini blog ini. Jadi insha Allah untuk kali pertama dalam Tahun 2016... Saya akan berkongsikan mengenai aktiviti terakhir di sekolah pada tahun lepas. Jadi ... seperti didalam gambar dibawah... itulah dia seorang pemuda hansem lemah lembut suaranya tapi sudah berumah tangga. Beliau ialah ustaz Khoir bin Saidina Abu Bakar. Ustaz Khoir sempat memberikan tasji' atau pun tausiyah kepada kami selaku pelajar-pelajar lepasan stam Maahad Ahmadi ,Negeri Sembilan. Para pelajar STAM khusyuk mendengar nasihat dari beliau kerana beliau juga merupakan bekas pelajar di Maahad Ahmadi. Antara nasihatnya : "Kamu kana ingat bukan slip dan sijil yang dicari tapi ilmu itu dan bagai mana kamu mempraktikkan didalam kehidupan kamu sebagai seorang yang mendalami ilmu agam...